Apa yang bagus sangat dengan gmail ini? Saya akan bongkarkan rahsia satu persatu sampai anda meleleh air liur mendegar kehebatan gmail ini.. mari kita belajar cara menggunakan senjata yg sangat berguna ini.
GUNAKAN BINTANG UNTUK MENANDA
Guna bintang untuk menanda email yang dirasakan penting untuk diberi perhatian ATAU jika anda tak sempat nak baca email tersebut, letak bintang dan apabila anda login kembali maka anda hanya perlu cari email bertanda bintang.guna-bintang
REPLY MESEJ MELALUI CHAT
Sebelum anda reply email atau mesej dari seseorang, semak dahulu dibawah pada bahagian menu jika individu tersebut berstatus online. Jika beliau berada di talian maka adalah mudah menggunakan option Chat sahaja. Mesej akan timbul dibahagian bawah email mereka dan ia akan dapat dijawab dengan pantas kerana google akan beri amaran terdapat mesej chat. dengan bersembang melalui chat akan merapatkan hubungan anda dengan prospek.
SELARASKAN DENGAN MELETAK LABEL
Jika anda sering mendapat email yang penting dan secara sekala dan anda mahu mengenalpasti dengan mudah. hanya selaraskan label supaya mudah untuk anda mengambil tindakan. Sebagai contoh, saya meletakkan label setiap email yang saya terima daripada GDI kerana GDI akan menghantar 'mention email' jika terdapat downline yang berdaftar dibawah saya. Maka dengan meletakkan lebel maka saya akan mengambil tindakan yang pantas dan email saya dapat dikenalpasti dengan mudah untuk diberi tindakan sewajarnya. Label boleh diubah warna mengikut kesukaan anda dan letaklah apa saja tajuk label.
SELAMATKAN INBOX DARI KESESAKAN DENGAN 'MOVE TO'
Mesej yang berulang-ulang dari penghantar yang sama akan menyesakkan inbox anda. Caranya adalah dengan mengarahkan email tersebut disenaraikan ke Label yang akan anda sediakan dan ia akan berada di bahagian kanan menu. Caranya, klik setting > filter
KAPASITI STORAGE YANG BESAR
Gmail memberikan anda kapasiti storage yang sangat besar dan anda boleh save apa sahaja email yang anda mahu. Walaupun email yang anda delete memasuki folder trash tapi ia akan delete dalam masa 30 hari. Dalam masa tersebut jika anda terdelete dan mahu simpan kembali email ke inbox, maka ia perlu dilakukan dalam tempoh tersebut.
BERSAMA PERANGI EMAIL SPAM
Email spam maksudnya email yang bertujuan semata-mata mempromosikan produk tanpa kebenaran anda dan pemilik email tersebut langsung anda tidak kenali. Anda boleh labelkan ia sebagai spam (LABEL SPAM). Apabila email dari penghantar yang sama datang lagi ia akan dihantar ke folder spam. Jika terdapat beberapa individu melabelkan sebagai spam dan gmail secara automatik akan menyaring email spam dan ia dipanggil 'community mark'. Marilah kita bersama-sama membanteras spam.
GUNAKAN SEARCH MAIL UNTUK MENCARI EMAIL
Walaupun anda boleh susun email mengikut turutan tarikh atau sender tetapi jika anda kehilangan email, maka anda boleh gunakan email search. Ia sama juga fungsinya seperti search engine tetapi ia hanya digunakan mencari email dalam simpanan anda sahaja. Letakkan kata kunci tak kira nama pengirim, tajuk email atau isi email. Ia akan memaparkan senarai carian untuk anda.
BOLEH IMPORT EMAIL DAN CONTACT DARI EMAIL LAMA
Mungkin sebelum ini anda ada menggunakan Yahoo, Hotmail, AOL dan Banyak lagi, maka anda boleh kemudahan ini untuk mengimport email tersebut. Hanya klik setting dan klik pada Accound anda Import.
CERIAKAN INBOX ANDA DENGAN PELBAGAI TEMA YANG DISEDIAKAN
Ceriakan email anda dengan warna kegemaran anda. Terdapat lebih 30 theme yang boleh anda pilih.
0 comments:
Post a Comment